Era Allan Harris
Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.
PERNAH BERKHIDMAT DI BARCELONA
Allan Harris merupakan pembantu kepada Terry Venables di Barcelona
Bersama Mark Hughes dan Kapten England Gary Lineker
ANTARA PEMAIN DI MALAYSIA YANG DIDIDIK
1) shukor adan
2)Indra putra mahyuddin
3) Wan Kamaruzzaman Hassan
4)Norhafiz Zamani Misbah
5) Hairudin Omar
Dan ramai lagi pemain-pemain didikan Allan Harris ketika beliau menjadi jurulatih di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2004
SKUAD SUKAN SEA 2001(KUALA LUMPUR)
skuad piala tiger 2002
skuad sukan sea 2003
itulah antara kenangan bersama jurulatih Malaysia Allan Harris yang pernah bersama mewarnai bolasepak Malaysia suati ketika dahulu.
IKLAN
wfg2u.com
~~Nak duit setiap bulan? Tak perlu taja orang...tak perlu jual barang....dapat lagi produk kesihatan secara percuma... Dapat duit setiap bulan sehingga 12 bulan mengikut pakej yg dia join.Nak? Kalo nak whatsapp 0137125827. ..yang nak duit.. nak dapat saving setiap bulan dialu alukan join.
#wfg2usham
#tehreramawfgsham...
~~Nak duit setiap bulan? Tak perlu taja orang...tak perlu jual barang....dapat lagi produk kesihatan secara percuma... Dapat duit setiap bulan sehingga 12 bulan mengikut pakej yg dia join.Nak? Kalo nak whatsapp 0137125827. ..yang nak duit.. nak dapat saving setiap bulan dialu alukan join.
#wfg2usham
#tehreramawfgsham...










No comments:
Post a Comment